FAQ - Persoalan Lazim

Persoalan Lazim berkaitan E-Kursus & School of MatGyver

Kesemua E-Kursus serta E-Bengkel di website ini adalah dalam bentuk PRE-RECORD video yang hanya boleh diakses dengan menggunakan Username dan Password yang berdaftar.
E-Kursus/Bengkel yang PERCUMA boleh terus diakses setelah membuat pendaftaran Username yang 100% percuma.

Kaedah pembayaran adalah secara Online Banking melalui Payment Gateway BillPlz. Pembayaran secara Kad Kredit masih belum ada buat masa ini.

Kami menyediakan Private Facebook Group yang boleh diakses dalam E-Kursus. Peserta bleh membuat sebarang pertanyaan berkenaan E-Kursus dalam group tersebut.
Sebarang pertanyaan yang tidak berkaitan E-Kursus adalah tidak dibenarkan.

Kesemua E-Kursus/Bengkel dalam web ini hanya berada di bawah Lesen Tontonan Persendirian. Penggunaan Video E-Kursus ini untuk tujuan Alat-Bantu-Mengajar Pusat Pengajian adalah dilarang.

Bagi mendapatkan Lesen Tontonan Pusat Pengajian, tuan-tuan dan puan-puan boleh berhubung dengan Pihak MatGyver.Sebarang pertanyaan yang tidak berkaitan E-Kursus adalah tidak dibenarkan.

Kit Pembelajaran yang diterima bersama pembelian E-Kursus + Kit, akan mengambil masa 2-4 hari bekerja untuk proses shipping.
Kod TRACKING PARCEL akan dihantar melalui Email.
Jika Kod Tracking tidak diterima dalam masa 2-3 hari, hubungi pihak School of MatGyver.

E-Sijil hanya akan diberikan pada Penyertaan E-Kursus sahaja dalam bentuk format .pdf . E-Bengkel tidak mempunyai sijil.

SYARAT E-SIJIL:
Peserta perlu menyelesaikan E-Quiz yang terdapat dalam setiap Chapter E-Kursus, dan pastikan ditandakan “COMPLETE”. 
Selepas E-Quiz TERAKHIR dalam Kursus, akan terpapar Butang “Print Certificate”. Peserta hanya perlu menekanbutang ini untuk dapatkan E-Sijil.