Menggunakan Web E-Kursus.
Bagaimana menggunakan Web E-Kursus School of MatGyver
- Kaedah Akses E-Learning
- Renew Subscription
- Pembelian Kursus
01 pembelian e-kursus
Terdapat 2 jenis E-Kursus dalam Portal ini :-
- E-Kursus Berbayar
- E-Kursus Percuma
E-Bengkel Percuma ataupun E-Kursus Berbayar, ke dua-duanya memerlukan peserta untuk mendaftar Username dan Password account, dan pendaftaran account adalah 100% PERCUMA.
Video E-Kursus / E-Bengkel hanya dapat diakses dalam portal school.matgyver.my melalui Account (Username) berdaftar.
Daftar melalui butang "REGISTER" atau account boleh terus dicipta SEMASA pembelian E-Kursus.

02 LOGIN
Melalui butang "REGISTER", Page Login akan terpapar.
Login Account anda menggunakan Username dan Password yang telah didaftarkan.

03 PAGE KURSUS SAYA
Selepas Login, Page Kursus Saya akan terpapar.
Page Kursus Saya adalah "Dashboard" pengguna berdaftar.
Di sini, semua pendaftar boleh melihat senarai E-Kursus yang telah di-Enroll, dan E-Kursus boleh terus diakses.
Terdapat juga fungsi "Dashboard Account", di mana pengguna boleh lihat senarai Kursus yang telah dibeli, dan maklumat sejarah pembelian.

04 AKSES E-KURSUS
Di Page "Kursus Saya", senarai E-Kursus atau E-Bengkel yang telah di-Enroll, boleh dilihat di bahagian "Your Courses".
Pengguna hanya perlu klik Nama E-Kursus yang telah didaftarkan dan semua content dan video E-Kursus/E-Bengkel boleh terus diakses.
Bagi E-Kursus berbayar, pengguna perlu membuat pembelian terdahulu, manakala bagi E-Kursus percuma, pengguna perlu "ENROLL" terdahulu dari butang/pautan E-Kursus tersebut.

05 PAGE E-KURSUS
Setiap Page E-Kursus mempunyai Page-nya yang tersendiri.
Pengguna boleh lihat semua maklumat lengkap E-Kursus/E-Bengkel di page ini.
Scroll ke bawah untuk lihat semua maklumat.

06 CHAPTER
Setiap E-Kursus/E-Bengkel mempunyai senarai Chapter yang berlainan.
Ini boleh dilihat di bahagian Page E-Kursus.
Klik setiap Chapter untuk akses semua Content Chapter.

07 VIDEO E-KURSUS
Video untuk setiap Chapter boleh terus diakses dengan Klik pada bahagian "Video Chapter"
Setiap Chapter akan mempunyai beberapa aktiviti:
1) Video Chapter
2) Quiz Chapter
3) Detail Coding Amali

08 TONTON VIDEO
Setelah Video Chapter terpapar, tekan sahaja Butang "Play" pada video untuk meneruskan pada tontonan Video.
Aktifkan FULL-SCREEN pada video untuk tontonan menyeluruh.
PENTING:
Pastikan butang "Complete" ditandakan setelah selesai membuat setiap aktiviti Chapter. Ini akan merekodkan PROGRESS Pembelajaran Online.

Selamat menerokai Pembelajaran Online anda!
01 NAVIGASI KE ACCOUNT
Peringkat PERTAMA, anda perlu pergi ke Page Maklumat Account anda, dengan menekan pautan "Kursus/Account Saya".

02 DASHBOARD ACCOUNT
Dari Page Kursus/Account Saya, tekan pautan "Dashboard Account" untuk meng-akses kesemua maklumat berkenaan account anda.

03 SENARAI SUBSCRIPTION
Di Page "Dashboard Account", tekan pautan "Subscriptions" untuk lihat senarai E-Kursus/E-Bengkel yang telah didaftarkan.

04 SENARAI SUBSCRIPTION
Anda dapat lihat senarai "Subscription" yang anda ada dalam Web E-Learning kami. Tekan pautan "View" untuk melihat perincian maklumat setiap "Subscription".

05 SEMAK PERINCIAN SUBSCRIPTION
Di Page ini, anda boleh semak tarikh-tarikh sepert, Permulaan Subscription dan Tamat Subscription.
Periksa dengan teliti "E-Kursus" yang berkaitan, serta "Harga" untuk Renew Subscription.
Bagi E-Kursus Pemantapan Asas Arduino, harga Renew Subscription adalah RM50. Ini akan memberikan anda Tambahan +6 Bulan Subscription atau akses pada E-Kursus tersebut.

06 RENEW SUBSCRIPTION
Jika anda bersetuju untuk Renew Subscription, anda boleh terus menekan pautan "Renew Now".

07 CHECKOUT & PEMBAYARAN
Ini akan membawa anda ke page "Checkout" bagi membuat Pembayaran untuk Renew Subscription.
Setelah pembayaran dibuat, semak semula tarikh Tamat-Subscription, dan pastikan ia +6 bulan.
Jika anda menghadapi sebarang masalah berkenaan Renew Subscription, hubungi pihak MatGyver untuk bantuan lanjut.
